Thursday, December 25, 2008

HUMAN WITH MONEY,FRIEND, PEOPLE,LIFE,WORLD,HEAVEN,HELL AND GOD

assalamualaikum... pembuka bicara aku di penghujung senja ini.... hari ni merupakan hari yang agak menekan hati dan jiwa aku... sesungguhnya aku diuji oleh-Nya. ujian yang hampir menragut tangkal kesabaran didalam jiwa aku yang telah lama. sekian lama aku menyabarkan diri dan hati untuk mengharungi hidup aku berasakan ini adalah salah satu ujian yang paling getir untuk aku sebagai hamba-Nya melalui ujian ini. aku jenis seorang manusia yang percaya setiap hamba yang d-uji oleh-Nya adalah hamba yang terpilih andai kita redha dan menerima ujian tersebut kita akan mendapat ganjaran atas apa yang kita lakukan. mungkin juga ianya satu dari balasan atas dosa yang telah kita lakukan secara kita sedari atau tidak cuma Dia yang mengetahui tentang hijab buku hidup kita. andai kita menerima balasan dari Nya atas dosa ini dengan keredhaan serta tabah menjalani segalanya dan mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti kita serta mengubah hidup kita. itu pegangan aku dalam hidup. mungkin kah aku terlalu alpa serta lalai dalam mengejar kemewahan hidup sementara ini membuatkan aku lupa mensyukuri nikmat-Nya serta melupai tanggungjawab aku terhadap dua insan yang aku sayangi iaitu papa dan mama aku... Ya ALLAH ampunilah dosa ku ini... jika benar ini yang terjadi serta aku melupakan angel kesayangan aku... maafkan sayang abg.... mungkin... kejadian ini juga menguji tali persahabatan aku bersama rakan2 aku yang lain. yang baik pada diri aku menikam aku yang aku hampir lupakan membantu aku memberikan sokongan yang baik buat diri aku (thx wan and faried). terlalu banyak yang aku abaikan sejak aku berkerja. kepentingan diri,keluarga,insan yang aku sayangi dan juga kawan2 aku. alasan kesibukan bekerja aku gunakan. entahla... terasa aku berdosa terhadap mereka2 ini. di saat2 genting cam nie, orang yang aku abaikan datang memberi sokongan kepada aku. menenangkan hati dan perasaan aku. aku lupa... lupa mereka ini memerlukan aku. disaat mereka memerlukan aku. aku tiada di sisi mereka. membiarkan mereka tanpa aku... maafkan aku... terasa berdosanya diri aku. mentality aku memikirkan money is everything. aku keja bagi duit kat diorang dengan hope diorang puas hati dan duk diam2 jgn gangu aku. tapi aku lupa mereka masih memerlukan aku. perhatian aku,kasih sayang aku.... Ya ALLAH apa yang aku lakukan nie?? kejam sungguh aku.... bila kejadian ini berlaku aku sedar... mereka tidak perlukan wang aku... yang mereka harapkan kasih sayang dari aku... perhatian aku.... entah mengapa aku boleh berubah jadi cam tu sekali.. aku juga lupa mensyukuri nikmat ALLAH SWT berikan pada aku. aku terlalu mengejar kemewahan dunia yang hanya bangkai semata-mata. apa yang aku lakukan nie??? aku masih mengasak otak aku untuk berfikir... dan sememangnya kesilapan aku akui.. aku terlalu mengejar kemewahan... aku lupa aku perlu memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan aku...

Ya-ALLAH ampunilah dosa ku ini... aku alpa... lalai dalam mengejar kemewahan dunia yang hanya bangkai semata-mata.. lupa mensyukuri segala nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan... ampunilah dosa ku ini.... ujian ini menyedarkan diri dan hati ku yang hampir buta... serta menguji kesabaran didlam diri ini.. aku redha dan pasrah atas segala pembalasan dan ujian-MU ini Ya-ALLAH. ampunilah hambamu ini.. sesungguhnya.. aku terima dengan hati terbuka apa yang diberikan kepada ku ini... ampunilah aku....

mama,papa and all my beloved family.. maafkan dan ampunilah adik atas segala salah dan silap adik. adik terlalu mementingkan kemewahan hidup dan nama adik, adik lupa pada mama and papa serta our big family yang memerlukan adik... adik lupa ma,pa, maafkan adik... ampunilah dosa adik nie... maafkan adik... mgkn ma,pa ada kecil hati dengan sikap adik, mgkn ma,pa tak bagitahu adik, tapi bila menda nie jadi menyedarkan adik... adik lupa pada ma,pa... maafkan adik... ampuni dosa adik nie ma,pa...

my lovely and sweet angel.... maafkan abg sayang.... terlalu banyak kesilapan abg selama nie... terlalu banyak masa yang tiada untuk kita... terlalu banyak yang abg abaikan terhadap sayang.. terlalu banyak silap dan salah abg pada sayang.... maafkan abg... abg malu hendak bercakap ataupun berbual dengan sayang. abg terlalu banyak salah pada sayang. dan abg.... terlalu mengabaikan sayang tidak menghiraukan sayang disaat sayang memerlukan abg... abg tiada.... maafkan abg sayang... maafkan abg.....

my frenz.... sorry 4 everything... aku dah terlalu banyak membiarkan kowang tanpa aku. mengabaikan kowang yang adakalanya memerlukan aku... maafkan aku... maafkan aku aku tak tahu apa lagi patut aku katakan... selain yang mampu aku ucapkan maafkan aku....

it's me and just me.....
8.00 pm

No comments:

Post a Comment